Sunday, August 28, 2016

Kegagalan Mungkin Permulaan Kejayaan Anda

Kegagalan Itu Mungkin Satu Permulaan Kepada Kejayaan Anda

Antara produk terhebat keluaran Syarikat 3M adalah Post-It Note. Ia berasal daripada kajian saintisnya yang bernama Dr Spencer Silver pada tahun 1968. Kajian itu sebenarnya dilakukan untuk menghasilkan sejenis gam yang kuat untuk kegunaan industri aerospace. Ia sebaliknya "gagal" apabila produk yang terhasil adalah sejenis gam yang lemah yang tidak mampu melekat untuk jangka masa yang lama walaupun untuk mencantumkan helaian kertas.




Rupa-rupanya, produk itu membawa kepada inovasi baru apabila salah seorang daripada rakan saintis Syarikat 3M bernama Art Fry mendapati bahawa ia berguna sebagai penanda buku yang boleh ditanggalkan semula tanpa merosakkan buku tersebut.




Seterusnya, ia menjadi permulaan kepada sejarah kejayaan Syarikat 3M.

Bahkan ketika Syarikat 3M ditubuhkan pada tahun 1902, ia adalah singkatan kepada Minnesota Mining and Manufacturing Corporation. Pada mulanya, ia gagal sebagai sebuah syarikat perlombongan, namun, hasil inovasi pekerja-pekerjanya, ia hidup dan terus tersohor sehingga ke hari ini (2016). 

.

Rujukan: 

https://en.wikipedia.org/wiki/3M

http://www.todayifoundout.com/index.php/2011/11/post-it-notes-were-invented-by-accident/

Saturday, August 6, 2016

Pokemon Go Haram Kerana Kesan Buruknya


.

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan berpendapat, hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.
.
Baru-baru ini media alternatif menyiarkan berita bahawa permainan Pokemon Go difatwakan haram. Walaubagaimanapun, pejabat mufti menjelaskan sebenarnya berita "fatwa haram" tidak benar sebaliknya yang disebut adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam . Kenyataan sebenar berbunyi seperti berikut:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUANPada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut.  

(Rujuk http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go )

.
Berita yang disiarkan oleh Agensi BERNAMA adalah seperti berikut:

KUALA LUMPUR:Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku - pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya," katanya lagi.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat. - BERNAMA
.

Thursday, August 4, 2016

Cara Untuk Gagal Bisnes: Hampakan Pelanggan


.
Flickr adalah sejenis rangkaian media sosial yang berteraskan perkongsian foto. Projek Flickr lahir secara kebetulan apabila dua orang pembangunnya, pasangan suami-isteri Stewart Butterfield dan Caterina Fake mahu mempromosikan perisian permainan mereka iaitu Game Neverending. Mereka kemudiannya menyedari bahawa potensi lebih besar ada pada Flickr berbanding Game Neverending. Bermula pada tahun 2003, projek ini mula berkembang dan menarik perhatian pengguna Internet. Pada ketika itu, ramai jurufoto profesional dan amatur menggunakan Flickr sebagai salah satu saluran promosi hasil kerja mereka. Akhirnya Flickr dibeli oleh Yahoo pada tahun 2005.

Pembelian ini sepatutnya menjadi pemangkin kepada dominasi Flickr di permulaan era Web 2.0 (Era di mana pengguna web mula berkongsi data dan pendapat di dalam rangkaian media sosial). Namun, ia tidak serancak yang dijangkakan.

Sebaik selesai proses pembelian, pasukan Flickr telah diarahkan untuk mengubahsuai sistem mereka agar ia disepadukan dengan sistem Yahoo yang bermakna setiap akaun Flickr mesti ditukarkan kepada akaun Yahoo. Hal ini memberi kelebihan kepada Yahoo tetapi hakikatnya ia dikritik oleh pengguna sedia ada. Isu ini berlanjutan hingga ke tahun 2007.

Pada masa yang sama Facebook turut menggalakkan perkongsian foto melalui rangkaiannya. Pengguna Facebook pula boleh mengaksesnya sambil mengekalkan akaun email masing-masing samada Gmail, Yahoo atau lain-lain. Isu kesepaduan sistem Yahoo telah membantutkan perkembangan sistem Flickr.

Pasukan Flickr juga tidak mempunyai kebebasan untuk mencipta inovasi sendiri. Mereka perlu mengikut arah yang ditunjukkan oleh Pengurusan Yahoo yang pada dasarnya mahukan semua sistem bermula dari portal Yahoo. Ketika dunia memasuki era smart phone dan mobile platform (seperti iOS dan Android), rangkaian media sosial popular seperti Facebook turut berlumba memasuki apps store namun hal sebaliknya berlaku pada Flickr.

Smart phone sebenarnya menyimpan potensi hebat untuk aplikasi perkongsian foto kerana ia sudah dilengkapi dengan peranti kamera. Potensi ini disingkap terlebih dahulu oleh Instagram pada tahun 2010. Malang lagi sekali, Flickr terlewat merealisasikan potensi ini.

Sebenarnya pasukan Flickr sedar tentang inovasi untuk keselesaan pengguna. Mereka tahu Flickr hidup kerana sokongan komuniti dan keperluan komuniti perlu diutamakan. Namun mereka terpaksa mengikut telunjuk Yahoo yang menjadi tuannya. Yahoo terutamanya, Jerry Yang (pengasasnya) dan kumpulan Corporate Development (CorpDev) dikritik oleh gizmodo.com kerana mengutamakan keuntungan berbanding komuniti pengguna.




Akibat perbezaan nilai antara pengasas dan pemegang sahamnya, produk yang pada awalnya seumpama bintang kecil itu menjadi malap dan pudar di dalam peredaran zaman.

Moral: Jangan hampakan pengguna. Sekali mereka berlalu pergi, sukar untuk mereka kembali semula.
.
Rujukan:
- http://gizmodo.com/5910223/how-yahoo-killed-flickr-and-lost-the-internet
- http://geofflivingston.com/2016/05/17/flickr-enters-downward-spiral/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Flickr#cite_note-10

Wednesday, August 3, 2016

Yahoo dijual kepada Verizon


.
Yahoo jual perniagaan internetnya kepada verizon

Yahoo pernah suatu ketika menjadi Raja Internet bernilai USD125 Billion. pada waktu itu namanya sehebat nama Facebook atau Google pada hari ini. Kini namanya sudah dijual kepada Verizon.

Sejarah Yahoo bermula pada tahun 1994 dengan nama "Jerry's Guide to the World wide Web". Dikelolakan oleh Jerry Yang dan David Filo, laman ini menyenaraikan laman web yang menarik untuk dikunjungi oleh pengguna Internet. Ia berkembang dengan mendadak apabila rakyat Amerika mula menggunakan perkhidmatan Internet dan memerlukan tempat rujukan bagi mencari maklumat yang dikehendaki. Pada tahun 1996, ia memasuki penyenaraian awam dan menjadi salah sebuah syarikat yang masyhur di era dotcom ketika itu.

Perniagaan Yahoo mula merosot di era pasca 2000 terutama sekali apabila peranannya sebagai enjin carian web diambil alih oleh Google. Ketika google mula mencapahkan aktivitinya dengan menghasilkan Pelayar Web sendiri (Chrome) dan menjadi pendokong mobile platform (Android), Yahoo kelihatan terus kekal dengan konsep laman portalnya. Kini, apabila seluruh dunia memberi tumpuan kepada mobile platform dan smart phone, portal Yahoo bagai sudah tidak diperlukan lagi.

Mujur Yahoo pernah melabur sebanyak 1 Billion dalam perniagaan alibaba.com di china pada tahun 2005. Pelaburan ini mendatangkan pulangan yang baik kini dan mengatasi prestasi perniagaan portal Yahoo itu sendiri.

Yahoo telah cuba memperbaiki prestasinya dengan melantik bekas eksekutif Google, Marisa Mayer, sebagai CEO semenjak tahun 2012. Namun, Marisa tidak berupaya melonjakkan Yahoo sebaliknya terpaksa mengumumkan berita penjualan Yahoo pula kepada Verizon pada Julai 2016. Tamatlah kisah Yahoo sebagai jaguh carian Internet suatu ketika dahulu.

.

Tuesday, July 19, 2016

Kapal Angkasa Star Trek Akan Mampu Dibina Pada Tahun 2040


Seorang jurutera yang tidak mahu dikenali telah membuat jangkaan bahawa kapal angkasa ini mampu dibina dalam tempoh dua dekad lagi.
.
Semenjak kemunculan pertamanya dalam siri asal Star Trek pada tahun 1966, kapal angkasa Enterprise telah menjadi simbol pengembaraan angkasa. Terbaru, seorang jurutera yang tidak mahu dikenali telah membuat jangkaan bahawa kapal angkasa ini mampu dibina dalam tempoh dua dekad lagi. Persoalannya, sejauhmanakah hampirnya tamadun masakini dengan teknologi "Warp Speed"?

Di dalam laman web www.BuildTheEnterprise.org , seorang yang mendakwa dirinya seorang jurutera bernama "BTE-Dan" mengandaikan binaan sebenar bagi kapal ikonik USS Enterprise akan dapat dibina dan dilancarkan dalam sekitar 20 hingga 30 tahun lagi. Kapal itu mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian tetapi ia pasti menyamai kapal masyhur yang dipimpin oleh Captain Kirk dalam siri Star Trek.

Dibina di angkasa, kapal itu tidak akan mendarat di permukaan bulan atau planet, maka ia tidak memerlukan kelajuan tinggi untuk melepasi tarikan graviti permukaan. Enjinnya akan diperkuasakan oleh reaktor nuklear di dalam kapal, menggunakan bahan argon berbanding xenon sebagai komponen penggerak, menjimatkan kos sebanyak ratusan billion dollar. Sebagai bonus, BTE-Dan mencatatkan bahawa bahan argon boleh didapati dari ruang atmosfera Planet Marikh.

Pelbagai lakaran turut dimuatkan BTE-Dan di laman web di atas bagi menyokong pendapatnya.



.
Rujukan:
-http://www.space.com/16398-could-star-trek-enterprise-be-built.html
-http://www.buildtheenterprise.org/
-http://news.nationalgeographic.com/2016/06/star-trek-science-space-astronomy-technology-fazekas/

Sunday, July 17, 2016

Kenapa Rampasan Kuasa Di Turki Gagal?

Tentera yang terlibat di dalam rampasan kuasa kemudiannya menyerah diri di atas jambatan merentasi selat Bosphorus.

.
Selama beberapa jam pada malam Jumaat lalu beratus Tentera Turki telah kelihatan mengambil alih kawalan ke atas kawasan utama Bandaraya Ankara dan Istanbul.

Presiden Recep Erdogan tidak kelihatan ketika pihak perancang rampasan kuasa mengawal bangunan dan siaran media. Mereka memerlukan sokongan rakyat terutamanya sebahagian besar tentera untuk menjayakan rancangan rampasan kuasa.

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim dilihat memimpin gerakan mematahkan cubaan rampasan kuasa, namun rakyat Turki sememangnya tahu bahawa di belakang beliau adalah Presiden Erdogan yang jelas berkuasa dan berupaya mengukuhkan kedudukannya.

Untuk menjayakan rampasan kuasa, pihak perancangnya perlu mengusir Erdogan namun mereka gagal berbuat demikian. "Sayalah Pegawai Pemerintah", Erdogan kemudiannya berkata.

Bagaimana arus kudeta itu berubah

Selama beberapa jam, kedudukan Presiden Erdogan tidak dapat dipastikan. Berita menyatakan bahawa beliau sedang bercuti di Resort Aegean di Marmaris, jauh di Tenggara Turki.

Arus kudeta itu berubah apabila Presiden berjaya pulang ke Lapangan Terbang Istanbul dan membuat kenyataan akhbar menafikan kejatuhan kerajaannya ke tangan perampas kuasa.

Dengan menjejak turun di Lapangan Terbang tersebut, ia telah membuktikan bahawa beliau berjaya mempertahankan kerajaannya dan mendapat sokongan pimpinan tertinggi tentera.

Pada ketika itu Bandaraya Ankara, di mana istana dan kerajaannya berada, masih belum selamat namun di Bandaraya Istanbul, beliau berjaya menyampaikan pengumuman kepada seluruh rakyat Turki.

Sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Attaturk Istanbul, Presiden Erdogan disambut oleh beratus penyokongnya .

"Ini adalah tindakan pembelot dan pengganas", katanya kepada pemberita.

Ilnur Cevik, penasihat kanan presiden, memberitahu BBC kemudiannya bahawa rampasan kuasa telah ditumpaskan oleh kehendak rakyat Turki sendiri.

"Sangat jelas bahawa rampasan kuasa telah berlaku tetapi situasi dengan pantas memihak kepada kerajaan dan Erdogan telah meminta rakyat turun ke jalan-jalan di Ankara dan Istanbul dan mereka menuruti permintaannya."

Rakyat Turki sendiri yang menawan semula Lapangan Terbang Istanbul daripada tentera dan mereka juga yang telah mendapatkan semula stesen tv dan radio, katanya.

.
Why did Turkish coup plot fail?
By Paul Kirby
BBC News
16 July 2016

For several hours on Friday night hundreds of Turkish soldiers appeared to have taken control of key areas of the main cities of Ankara and Istanbul.

There was little sign of President Recep Erdogan as the plotters took over buildings and media outlets. They needed to secure the support of the public and especially the majority of the military.

Prime Minister Binali Yildirim appeared to be leading resistance to the coup, but as most Turks know, it is President Erdogan who wields the power and has designs on extending it.

If the coup was going to succeed, the conspirators had to keep him out of the picture and they were unable to do so. "I am the chief commander," he said later.


When the tide turned

For hours it was unclear where President Erdogan was. Reports said he was on holiday at the Aegean resort of Marmaris, deep in Turkey's south-west.

The tide turned when the president flew into Istanbul's Ataturk airport and gave a defiant news conference.

The moment he touched base in Istanbul it was clear the government was regaining control and had the support of senior military figures.

Ankara, where his palace and the government are based, was not yet secure, but in Istanbul he was able to address Turkey directly.

Arriving at Ataturk airport in Istanbul, President Erdogan was greeted by hundreds of supporters.
It had been "an act of treason and rebellion", he told reporters.

Ilnur Cevik, a senior presidential adviser, told the BBC soon afterwards that the coup had been defeated by the will of the Turkish population.

"It's very clear there was a coup attempt but rapidly the situation turned in favour of the government and Erdogan asked the people to flock into the streets in Ankara and Istanbul and that's what they did."

It was the Turkish people who reclaimed Ataturk airport from the military and the people who took back state TV and radio from the military, he said.

Controlling the message

In reality, the soldiers who took over the studios at TRT had rebuffed a civilian attempt to force them out, and the coup ringleaders were able to continue broadcasting their message.

A "Peace Council" had taken power and a curfew was in place, they said.

Another broadcaster, CNN Turk, also went off air when soldiers walked into a studio control room and social media outlets were disrupted.

But the plotters' control of media outlets was not to last and even before he had arrived at Ataturk airport President Erdogan contacted CNN Turk and appeared in a video call, urging Turks to take to the streets.

The president may have been lucky. He said the hotel where he had been staying was bombed after he had left and his secretary general had been seized.

Did the coup have widespread military support?

For the coup to have succeeded it required backing across the armed forces. A large number of soldiers may have been involved, and in several Turkish cities.

Tanks took to the streets and the bridge across the Bosphorus in Istanbul was taken over.

But the chief of staff, Gen Hulusi Akar, was not part of the coup, nor was the head of the army in Istanbul, who took command while Gen Akar was being held by the plotters.

The navy chief and special forces commander also spoke out against the uprising and F-16 fighter jets attacked some of the rebel tanks.

"This attempted coup collapsed before it even started," said Fadi Hakura of UK-based Chatham House, who said it was amateurish and failed to attract broad military support.

There was no political or public backing either. The opposition secular CHP said Turkey had seen enough coups and did not want "these difficulties repeated". The nationalist MHP also rallied behind the government.

Who were the plotters?

They are a faction within the army, and military figures say they are a small group within the First Army, whose headquarters is in Istanbul.

"They didn't represent the vast majority of the military," says Fadi Hakura, who believes their failure is evidence coups no longer enjoy the broad support they once did in Turkey.

Recep Tayyip Erdogan has long warned against potential coups and in recent years his government has attempted to purge the military and police of figures it suspects of agitating against his Islamist-rooted AK Party.

Could it have all been planned in America?

President Erdogan has for years accused a former ally, Fethullah Gulen, of plotting against him. The pair fell out and Mr Gulen went into self-imposed exile into the US.

And it did not take long for the president to blame "the parallel state", a clear reference to his rival.
The Gulen movement itself denied involvement. A pro-Gulen group said it found the attempted coup "strange and interesting" but rejected any attack on democracy, fearing renewed attacks on its movement.

However, the government quickly acted to suspend five generals and 29 colonels who they said were linked to the "parallel state", Turkish Anadolu news agency reported.
.

Friday, July 15, 2016

Selamat Bersara Cikgu!



Setelah 34 tahun menabur bakti sebagai guru, hari ini guru akaun saya akan mula bersara. Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu melatih kami semua hingga berjaya dengan cemerlang dalam matapelajaran perakaunan.