Wednesday, March 2, 2016

Siri Pindah Rumah: Pastikan Dalam Lingkungan Jarak Yang Ekonomik


.
Tujuan berpindah rumah selalunya adalah untuk memudahkan seseorang bergerak dan menyelesaikan urusan hariannya dengan mudah dan selesa. Mudah maksudnya, dia mudah untuk bergerak dari rumah ke tempat urusan hariannya seperti kuliah, pejabat atau seumpamanya. Selesa maksudnya, perjalanan untuk urusan sehariannya dapat disempurnakan dalam keadaan yang selesa. Ini boleh diertikan dengan selesa menggunakan perkhidmatan awam, selesa memandu di atas jalanraya atau selesa mengharungi trafik pergi dan balik.

Untuk memastikan rumah yang dipilih untuk didiami itu memberikan kelebihan ini, seseorang itu perlu mengkaji kedudukan rumah tersebut dari aspek laluan untuk urusan seharian, laluan alternatif, laluan untuk membeli belah dan laluan untuk anak-anak ke sekolah. Malah, seseorang itu juga perlu mengira jumlah masa yang diambil bagi perjalanan ke setiap tempat urusannya, Pengiraan ini pula seeloknya dilakukan ketika waktu puncak supaya impak sebenar dapat diketahui.
.

Tuesday, March 1, 2016

Siri Pindah Rumah: Panduan Mencari Rumah


.
Lumrah setiap manusia pasti akan melalui episod pindah rumah. Seorang lepasan sekolah, akan melalui episod pindah rumah apabila memasuki institut pengajian tinggi (IPT). Seorang lepasan IPT pula akan melalui episod pindah rumah apabila memasuki alam pekerjaan. Sudah pastinya, tidak lama selepas itu tentunya dia akan berpindah lagi dari rumah bujang ke rumah kelamin apabila memasuki alam rumah tangga pula.

Di mana hendak mencari rumah untuk di sewa. Jika di Malaysia, anda boleh membuat carian iklan di laman mudah.my. Klik pautan di bawah untuk mencari rumah untuk di sewa (atau house for rent)...

Klik untuk cari rumah untuk disewa di Mudah.my

Klik untuk cari "house for rent" di Mudah.my

Anda juga boleh mencari iklan di laman khusus seperti iProperty.com

Klik untuk cari rumah untuk disewa di iProperty

Klik untuk cari "house for rent" di iProperty

Jika anda tidak mempunyai sambungan Internet, anda boleh berkunjung ke kawasan anda mahu pindah dan lihat iklan di kawasan komersil seperti kedai 7-Eleven, dewan awam, masjid atau seumpamanya, Kadangkala iklan berkaitan turut dipaparkan di sini.

.